Intra memberi anda
lebih keselamatan, lebih keterbukaan
semasa mengakses Internet.
Intra melindungi anda daripada manipulasi DNS, iaitu serangan siber yang digunakan untuk menghalang akses kepada laman berita, platform media sosial dan apl pemesejan.
01
Akses Internet yang lebih terbuka
Intra membolehkan anda mengakses laman web dan apl yang disekat oleh manipulasi DNS, salah satu bentuk penapisan yang paling biasa digunakan dalam talian.
02
Perlindungan daripada serangan digital
Intra melindungi anda daripada pancingan data dan perisian hasad. Serangan ini digunakan untuk mencuri maklumat peribadi seperti nama pengguna dan kata laluan atau memasang perisian pada peranti anda dengan mengubah hala anda kepada laman web palsu.
03
Perlindungan tanpa had dengan satu klik
Intra sangat mudah digunakan — hanya hidupkan dan lupakan. Intra tidak akan menyebabkan sambungan Internet anda menjadi perlahan dan tiada had bagi penggunaan data.
04
Teknologi yang boleh dipercayai
Intra memastikan maklumat anda kekal peribadi. Kami tidak menjejaki apl yang anda gunakan atau laman web yang anda lawati.
Intra membolehkan anda menyesuaikan penyedia pelayan DNS anda. Anda boleh menggunakan pelayan anda sendiri atau memilih penyedia yang popular seperti Cloudflare atau Google.
Cara Intra Berfungsi
Intra menyulitkan sambungan Internet anda kepada pelayan Sistem Nama Domain (DNS) awam. Pelayan DNS berfungsi seperti senarai kenalan — apabila anda menggunakan Internet, pelayan DNS memberikan alamat tepat yang diperlukan untuk melawati laman web atau membuka apl.
Walau bagaimanapun, pelayan DNS boleh diubah untuk menghalang akses atau mengubah hala anda kepada laman web palsu. Intra membantu untuk memastikan bahawa hasil carian tidak boleh dimanipulasi dengan menyulitkan sambungan anda kepada pelayan DNS pada peranti Android anda, supaya anda boleh mengakses Internet dengan selamat.